Thursday, September 16, 2010

PEMULIHARAAN HUTAN

Disediakan oleh : CHAN YIT XIN ( 205767 )

Pemuliharaan Hutan

Kelbagaian hab
itat yang terdapat di Malaysia kaya dengan hidupan liar seperti Orang Utan, Monyet Probokis, Burung Enggang dan penyu laut, begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan menarik dan unik, contohnya Rafflesia, Periuk Kera dan berbagai-bagai jenis orkid liar yang unik.Oleh kerana Negara Malaysia kaya dengan khazanah alam semula jadinya, Kerajaan Negeri telah menubuhkan banyak kawasan-kawasan lindungan agar habitat semulajadi sepsis-spesis tumbuhan dan haiwan dapat dilindungi oleh undang-undang. Antara kawasan-kawasan perlindungan yang besar terdapat di negeri ini ialah Taman Banjaran Crocker dan sebagainya.

Pada masa ini selai
n daripada pemuliharaan habitat dan spesis, keutamaan diberikan kepada mencari jalan bagi menggunakan sumber-sumber alam semulajadi yang lebih berkekalan . Misalnya kajian dan pengambilan buah-buahan sitrus liar dan yang ditanam di Sabah pada tahun 1985 telah membantu dalam mendemonstrasikan nilai hasil-hasil bukan balak yang boleh didapati dari dalam hutan Pihak WWF dan agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan masih meneruskan usaha dalam mengenalpasti kawasan lindungan.Sebagai contohnya, Pelancongan dan Pembangunan Alam Sekitar di Sabah telah menugaskan WWF Malaysia untuk menyediakan Strategik Pemuliharaan Sabah. Ia mefokus kepada penggunaan tanah secara wajar sebagai kunci asas kepada pemuliharaan dan pembangunan di Negeri Sabah pada sekitar tahun 1990an strategik ini menyeru agar ditubuhkan pelbagai kawasan perlindungan juga memperbaiki pengurusan sumber-sumber berdasarkan kepada kawasan-kawasan.

Justeru itu strategik ini mencadangkan beberapa peraturan dan tindakan perlu diadakan dalam aspek-aspek penggunan tanah, hasil-hasil tanah, pengurusan pelbagai cara, kawasan tadahan air, komuniti hutan, pengeluaran balak, kerosakan hutan, pembalakan haram, penanaman semula hutan, ekologi kepelbagaian, melombong, polar pelancongan, permohonan tanah, Taksiran Kesan Alam Persekitaran, pembangunan pantai dan lain-lain, sebagai contohnya strategik ini menjalankan persediaan membuat beberapa siri peta untuk membantu rancangan penggunaan tanah tanpa mengganggu habitat semula jadinya. Kawasan- kawasan habitat semula jadi yang sensitif kepada perubahan perlulah dikenal pasti dan dijadikan sebagai kawasan perlindungan / simpanan.

Pemuliharaan yang telah diperkembangan untuk 9 buah negeri di Malaysia. Penyediaan dan implementasi strategik ini banyak menyokong usaha-usaha pemuliharaan yang merangkumi seluruh negara, ini termasuklah peringkat negeri dan negara.Proses pemuliharaan pada tumbuh-tumbuhan di kedua-dua kawasan ini akan dijalankan dan akan memastikan kawasan ini akan kembali seperti sebelum ianya mengalami perubahan kesan daripada aktiviti perkampungan setinggan.

Hutan asli merupakan habitat hidupan liar dan menjadi satu gedung sumber genetik yang belum diterokai (untapped genetic resource) dan akan diguna untuk meningkatkan pengeluaran seperti pokok, rotan, buah-buahan dan binatang ternakan. Hutan ini juga penting bagi penduduk desa sebagai sumber mendapatkan makanan.Sehubungan dengan ini, Semenanjung Malaysia telah mewujudkan rangkaian kawasan perlindungan untuk pemeliharaan kepelbagaian hayat dengan penubuhan Taman-taman negara, sejak tahun 1930an lagi. Taman Negara yang terbesar di Semenanjung Malaysia meliputi kawasan seluas 434,351 ha dan telah diwartakan pada awal tahun 1939 yang kebanyakannya berada dalam hutan dara.

Dalam usaha-usaha untuk melindungi dan mengekalkan jenis-jenis hutan dalam keadaan semula jadi, Jabatan Perhutanan telah mengambil langkah menubuhkan Hutan Simpanan dara (VJR) sebagai rezab semula jadi dan Arboretum. Hutan Simpanan Dara ini berperanan sebagai contoh untuk membuat perbandingan ekologi dan biologi dengan kawasan hutan yang telah dibalak atau kesan rawatan silvikultur. Ianya juga merupakan hutan asli semula jadi untuk kajian. Sehubungan itu, perhatian adalah ditumpukan kepada aspek perlindungan terhadap spesies-spesies yang luar biasa dan yang menghadapi kepupusan. Beberapa spesies hidupan liar yang menghadapi kepupusan.

Pemeliharaan hutan dan perlindungan alam sekitar adalah penting bagi Semenanjung Malaysia. Perlindungan kawasan berhutan sebagai tadahan air adalah penting. Ini adalah untuk meminimumkan kesan kerosakan ekoran dari pengusahasilan hutan. Maka dengan itu segala bentuk penerokaan kawasan hutan dan pembangunan infrastruktur yang lain. Pengurusan hutan secara berkekalan untuk memastikan keluasan hutan asli yang mencukupi bagi mengekalkan kualiti dan kestabilan alam sekitar. Perlindungan kawasan berhutan sebagai tadahan air adalah penting. Ini adalah untuk meminimumkan kesan kerosakan ekoran dari pengusahasilan hutan. Maka dengan itu segala bentuk penerokaan kawasan hutan dan pembangunan infrastruktur yang lain, baik dalam tanah kerajaan, perlu diawasi dan dikawal dengan sepenuhnya mengikut rancangan pengurusan dan pengusahasilan yang telah ditetapkan bagi menjamin pengeluaran balak yang mencukupi di samping memelihara kualiti alam sekitar dan kestabilan ekologi.

Sebagai contohnya , Hutan Rekreasi Sungai Udang yang telah diilhamkan oleh Y.A.B. Ketua Menteri Melaka sendiri, telah disempurnakan perasmiannya pada tanggal 26 Jun, 2005. Hutan Simpan Sungai Udang di mana terletaknya hutan rekreasi ini pula telah diwartakan pada tahun 1987 sebagai Hutan Simpanan Kekal dengan keluasan yang masih tinggal kurang dari 200 hektar.

Hutan Simpan Sungai Udang ini telah berjaya dikekalkan berkeadaan semula jadi. usaha-usaha pemuliharaan dan penanaman semula telah giat dijalankan pihak berwajib. Kawasan yang mengalami kerosakan dari jenayah alam sekitar itu kini telah pun ditanam dengan pelbagai spesis hutan beharga seperti Pokok Karas (aquilaria Malaccensis), Pokok Kayu Jati (Tectona Grandis), Pokok Nyatoh (Ganua hirtiflora (Ridley) Van Royan), Pokok Keruing Merah (Dipterocarpus verrucosus Foxw), Pokok Cengal (Neobalanocarpus heimii), dan Pokok Merbau (Intsia palembanica Miq).

Pada tahun 2008, sebanyak RM300,000 telah diperuntukkan oleh kerajaan negeri bagi meningkatkan lagi kemudahan rekreasi di Hutan Rekreasi Sungai Udang.

Sunday, August 29, 2010

KEMPEN-KEMPEN ALAM SEKITAR

Disediakan oleh : CHOW YAN YUN ( 205741 )

Kempen-kempen Alam Sekitar

Alam sekitar penting bagi semua kehidupan. Kini alam sekitar semakin dicemari oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu,kempen-kempen yang sesuai perlu dilaksanakan untuk membendung masalah alam sekitar. Pihak kerajaan dan pertubuhan alam sekitar seperti Tabung Alam Malaysia (WWF Malaysia) dan Persatuan Pencinta Alam (MNS) perlu berusaha untuk memupuk kesedaran penjagaan alam sekitar melalui pelbagai kempen.

1.Kempen Kitar Semula

Kitar semula ialah proses mengitar semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula mengurangkan bahan buangan, menjimatkan sumber, mewujudkan persekitaran yang lebih sihat dan bersih, menggurangkan penggunaan tenaga, menyelamatkan hutan dan mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kaca, kertas, logam, plastik, tekstil, dan elektronik. Bahan yang hendak dikitar semula sama ada dibawa ke tapak pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, bersih, dan diproses semula menjadi bahan baru bagi pengilangan.

Kempen kesedaran mengenai program kitaran semula perlu diperluas kepada semua lapisan masyarakat di seluruh negara. Tempat-tempat khas harus disediakan untuk membolehkan orang ramai membawa bahan-bahan yang boleh dikitar semula seperti botol, plastik, bekas minuman aluminium, bateri terpakai, tayar buruk, kertas atau surat khabar lama dan besi. Kita cuma masukkan bahan kitar semula ke dalam tong kitar semula mengikut kod warna yang bersesuai. Tong-tong ini harus boleh didapati di sekolah-sekolah dan beberapa bangunan kerajaan. Walaupun ini melibatkan kos yang tinggi, dalam jangka panjang kaedah ini dipercayai dapat membantu pemuliharaan alam sekitar dan seterusnya menjimatkan sumber alam.

Selain itu pihak kementerian juga perlu menjalankan kempen yang berterusan iaitu, memberikan tong atau plastik kitar semula yang mempunyai kod warna yang berbeza secara percuma, bagi mendidik rakyat Malaysia.

Disamping itu, semua rakyat harus memulakan kempen kitar semula di rumah dan di pejabat. Amalkan sistem yang mudah diikuti dan lakukannya berterusan. Sediakan tong atau beg di tempat-tempat yang strategik di rumah atau pejabat. Tong atau beg ini digunakan untuk menyimpan bahan-bahan kitar semula supaya bahan-bahan ini boleh dikitar semula.

Kita harus mengubah cara pembuangan sampah. Jangan buang segala-galanya ke dalam tong sampah yang sama. Asingkan bahan boleh dikitar semula daripada sampah-sarap yang lain. Bahan-bahan seperti kertas, plastik, tin aluminium, tin keluli dan barangan kaca boleh diasingankan dan dibuang ke dalam tong-tong yang disediakan. Penglibatkan ahli keluarga dan rakan sekerja adalah penting. Amalan ini menjadi lebih mudah jika setiap orang komited untuk mengitar semula.

Kempen kitaran semula buangan e-waste juga membantu memelihara alam sekitar. Kempen kitar semula buangan e-waste seperti televisyen, radio dan CD player dapat mengurangkan bahan buangan di planet ini.

2.Kempen Anti Beg Plastic

Kempen 'Hari Tanpa Beg Plastik' ini bertujuan bagi membendung masalah pencemaran yang semakin berleluasa. Kempen pengharaman penggunaan beg plastik akan dilaksanakan sebagai langkah ke arah memelihara alam sekitar dan mempromosikan teknologi hijau. Orang ramai digalakkan membawa beg sendiri semasa membeli-belah atau menggunakan beg mesra alam. Bahan campuran kimia boleh merosakkan keseimbangan ekosistem dan memberi kesan buruk kepada bumi iaitu pemanasan global.

Kempen itu harus diperluaskan ke seluruh negara. Pelanggan yang hendak membeli-belah di pasaraya digalakkan membawa beg masing-masing atau mendapatkan beg di pasaraya dengan membayar 20 sen sehelai jika mahu mengguna plastic beg bagi mengisi barangan yang dibeli.Ini bertujuan mengurangkan penggunaan beg plastik dan meningkatkan tahap kesedaran di kalangan masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar. Hasil jualan beg itu untuk tujuan projek alam sekitar dan kebersihan serta untuk program-program yang berkaitan dengan pemuliharaan alam sekitar.

3.Kempen Cintailah Sungai Kita

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia menganjurkan kempen "Cintailah Sungai Kita" sejak
tahun 1993 dengan matlamat untuk mewujudkan kesedaran tentang betapa pentingnya sungai dalam kehidupan setiap individu bagi menimbulkan keinginan untuk sama-sama memelihara dan mencintai sungai. Kebersihan sungai bukan tanggungjawab sebuah kementerian sahaja. Banyak punca-punca pencemaran yang dikenal pasti memerlukan penglibatan lain-lain agensi kerajaan dan bukan kerajaan untuk mengatasinya. Di samping itu penglibatan pihak swasta, komuniti setempat, masyarakat umum dan pelajar sekolah juga perlu bagi menjamin sungai-sungai kita bersih.

Kempen Cintailah Sungai Kita adalah salah satu usaha oleh JPS untuk menganjurkan kesedaran umum, empati dan keprihatinan terhadap sungai kita dan usaha bersepadu dijalankan untuk membersihkan sungai kita di seluruh negara. Selain program pendidikan dan kesedaran yang berterusan, kempen ini melibatkan Program Pembersihan Sungai, Pengindahan Sungai, Pemulihan Pencemaran, Sungai Angkat dan Pendidikan yang mensasar individu, badan korporat dan sektor awam.

4.Kempen Kesedaran

Kempen kesedaran ini mengajak rakyat meninggalkan sikap dan tabiat buruk tidak mementingkan kebersihan dengan menjadikan penjagaan alam sekitar sebagai keutamaan dalam kehidupan mereka.

Perlaksanaan kempen keserdaran dilakukan bagi menyemai rasa tanggungjawab masyarakat agar bekerjasama memelihara dan memulihara khazanah warisan negara. Perlaksanaan kempen kesedaran ini boleh diperbagaikan dengan perbagai aktiviti menarik. Antara aktiviti yang diadakan adalah melepaskan anak ikan, pameran,ekspedisi,pendidikan serta ceramah dan pengindahan serta gotong royong membersihkan kawasan yang melibatkan penduduk setempat sebagai satu langkah menjaga kebersihan kawasan dan alam sekitar. Aktiviti ini diharap dapat memupuk semangat kecintaan pada kebersihan dan seterusnya menyediakan persekitaran yang selesa, nyaman dan harmoni sebagai warisan kepada generasi mendatang. Selain itu, pertandingan mewarna lukisan dikalangan kanak-kanak pra-sekolah juga akan diadakan sebagai menyemai bibit-bibit kesedaran kepada kebersihan pada usia awal. Buluh yang hendak dilentur haruslah dimulakan pada peringkat rebung.

5. Kempen Menyamput Hari Perayaan

Negara kita menyambut perayaan seperti Hari Perhutanan Sedunia, Hari Bumi, Hari Alam
Sekitar Sedunia, dan Minggu Alam Sekitar Malaysia pada setiap tahun. Objektif utama
sambutan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar di kalangan masyarakat
Malaysia melalui pelbagai aktiviti kesedaran. Ini bagi melahirkan masyarakat yang lebih
prihatin, peka, dan bersama-sama memainkan peranan untuk melindungi dan memulihara alam
sekitar.

Tema Hari Alam Sekitar 2009 ialah “ Planet Anda Memerlukan Anda! Bersatulah Menghadapi Perubahan Iklim”. Ia merupakan seruan kepada semua pihak, terutamanya golongan remaja, untuk melibatkan diri, memikirkan semula pola penggunaan dan perbelanjaan seseorang,yang kedua-duanya mempunyai kaitan yang rapat terhadap kesejahteraan psikologi seseorang. Ia berkait rapat dengan pelepasan gas rumah hijau dan mengamalkan gaya hidup yang lebih hijau.

Hari Alam Sekitar merupakan hari untuk semua orang, iaitu ia memberi peluang kepada semua pihak untuk mengambil bahagian dalam tindakan sejagat bagi menggalakkan perlindungan terhadap iklim, menggunakan sumber dengan lestari serta mengamalkan gaya hidup yang mesra alam sekitar.

LANGKAH-LANGKAH MENGELAKKAN PENCEMARAN

Disediakan oleh : VAASUKI A/P SUBRAMANIAM (197705 )


Arus pembangunan ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju telah mencetuskan pelbagai masalah. Pembangunan pesat sektor ekonomi dan perindustrian serta kestabilan politik dan sosial telah memberikan taraf hidup yang selesa kepada rakyat dan menaikkan imej negara di kaca mata dunia. Namun begitu,disebalik keselesaan dan pembangunan yang dicapai timbullah beberapa masalah sampingan yang boleh memudaratkan kehidupan masyarakat.

Pada penghujung abad ke-20,banyak laporan menunjukkan betapa keadaan alam sekitar di seluruh dunia semakin parah tercemar. Krisis tersebut telah memberi kesan langsung yang negatif terhadap seluruh komponen mikro serta makro alam sekitar. Masalah pencemaran bukanlah suatu perkara yang baru di Malaysia.

Pada asasnya,kemerosotan kualiti udara,air dan bunyi adalah berkaitan dengan pembangunan suatu jenis guna tanah. Contohnya pembangunan industri berat yang berisiko tinggi menjadi punca kepada pencemaran udara,air dan bunyi.

Langkah - langkah penyelesaian

Terdapat banyak langkah penyelesaian untuk menyelamatkan alam sekitar daripada ditelan pencemaran. Antaranya ialah melalui pendekatan “Pengeluaran Bersih “. Konsep pengeluaran bersih bersifat serampang dua mata iaitu ia mampu membantu mengurangkan impak pencemaran alam sekitar dan menjimatkan kewangan sekiranya dirancang dengan teliti. Pengusaha industri hanya perlu melakukan sedikit kajian dengan menerapkan beberapa strategi melalui pendekatan pengeluaran bersih.

Konsep pengeluaran bersih berbeza daripada amalan tradisi pengusaha industri yang lebih mementingkan aspek pengawalan pencemaran di hujung proses. Amalan tradisi pengusaha industri termasuklah dengan membelanjakan jutaan ringgit untuk membina logi rawatan air sisa dan alat kawalan pencemaran udara. Walaubagaimanapun,ada dalam kalangan pengusaha industri yang tidak mampu mencapai prestasi kecekapan rawatan pencemaran pada tahap yang baik walaupun telah melaburkan wang yang besar untuk mengatasinya. Walaubagaimanapun dengan pendekatan pengeluaran bersih ia dapat mengatasi masalah ini dengan baik.

Pendekatan pengeluaran bersih lebih menumpukan kepada “sumber penyebab” pencemaran dan bergerak kearah menghapuskannya di peringkat awal. Ianya dilihat sebagai suatu anjakan paradigma baru dalam dunia kejuruteraan alam sekitar. Program alam sekitar Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNEP) mendefinisikan pengeluaran bersih sebagai suatu pendekatan mengintegrasikan strategi pencegahan pencemaran alam sekitar secara berterusan ke dalam operasi proses,penghasilan produk dan perkhidmatan yang dihasilkan.

Terdapat lima strategi pencegahan pencemaran yang diterapkan melalui konsep ini. Strategi pertama ialah dengan pengubahsuaian produk. Ianya meliputi perubahan terhadap sifat sifat produk,seperti bentuk dan kandungan yang direka mengambilkira kos yang lebih rendah dan mesra alam. Jangka hayat produk yang dihasilkan direka agar mempunyai jangka hayat yang panjang,mudah di perbaiki,mudah dilupuskan,boleh dikitar semula dan mempunyai potensi pencemaran yang rendah.

Strategi yang kedua ialah merujuk kepada pengubahan input bahan mentah. Kandungan bahan mentah yang digunakan dipastikan bebas dari sebarang potensi pencemaran atau sekurang kurangnya mempunyai kebolehan mencemar yang amat rendah. Ia juga dipilih berasaskan kos bahan mentah pada tahap yang minima.

Strategi yang ketiga ialah memfokuskan terhadap pengubahsuaian rekabentuk proses. Ini melibatkan pengubahan aliran dan rekabentuk unit operasi proses yang terdapat di dalam sebuah industri. Rekabentuk aliran proses perlu diubah bagi mengurangkan atau melupuskan penghasilan sisa pencemaran dengan penggunaan tenaga yang rendah. Sebagai contoh satu artikel dalam majalah Jurutera keluaran Disember 2008,menyatakan teknologi pengkomposan di dalam industri penghasilan minyak sawit dapat mengurangkan dan menghapuskan kos bagi rawatan air sisa. Ini berlaku dengan menukarkan keseluruhan bahan sisa sampingan industri sawit kepada baja kompos dengan beberapa pengubahsuaian aliran proses.

Strategi yang keempat ialah merujuk kepada amalan penyeliaan terbaik. Hal ini melibatkan perubahan terhadap prosedur operasi dan pengurusan penyeliaan yang teliti. Ianya melibatkan perubahan terhadap prosedur operasi dan pengurusan penyeliaan yang teliti. Ianya melibatkan peningkatan keupayaan pekerja di semua peringkat. Dengan adanya pekerja mahir di dalam kos penyelenggaraan terhadap alat kawalan pencemaran dapat dikurangkan.

Strategi yang kelima ialah merujuk kepada usaha kitar semula bahan sisa yang dihasilkan di dalam operasi industri. Ini boleh dijayakan dengan penggunaan semula sisa sebagai bahan mentah semula,penjanaan tenaga,pemerolehan semula dan juga menggunakannya untuk tujuan produk lain. Contohnya sisa industri padi boleh digunakan sebagai bahan mentah untuk penghasilan baja kompos. Ini dapat menyelesaikan masalah pencemaran alam sekitar melalui kaedah pembakaran terbuka yang selalu diamalkan. Selain itu pemasangan sistem kitar semula bagi sisa air terpakai dapat membantu mengurangkan penggunaan air di dalam industri makanan dan menjimatkan kos pengeluaran.

Dalam konteks global,banyak industri telah mengamalkan konsep pengeluaran bersih dan berjaya mengurangkan kos operasi mereka. Sebagai contoh syarikat Castle Chemical di Sandgate, Australia telah berjaya menerapkan konsep “Pengeluaran Bersih” dengan penjimatan penggunaan tenaga melalui penukaran aliran proses dan melaksanakan program kitar semula sisa sehingga menjana keuntungan tahunan yang amat bermakna. Negara maju seperti Australia dan Jepun telah lama melaksanakan program ini. Pengeluaran bersih bukan sahaja mampu mengurangkan kos operasi malahan dapat membantu melestarikan industry.

Dalam konteks Malaysia,potensi untuk menerapkan konsep pengeluaran bersih amat besar. Industri berasaskan pertanian seperti kelapa sawit,getah dan makanan di lihat mempunyai prospek yang cerah untuk melaksanakan program ini. Apa yang perlu pengusaha industri lakukan ialah terus melihat jauh ke hadapan dengan melihat dan mengambil pengajaran kejayaan beberapa industri di dunia dalam menerapkan konsep ini.


PEMANASAN GLOBAL

Disediakan oleh : TAN HONG HEE ( 205697 )

Pemanasan Global

Pengenalan

Pemanasan global merupakan satu isu yang sangat serius di pesada dunia.Pemanasan global berhubung kait dengan suhu bumi yang telah meningkat sebanyak dua darjah dan kawasannya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu .Berdasarkan kajian yang telah dijalankan kawasan yang tidak diliputi hutan lebih panas berbanding kawasan yang diliputi hutan .Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10000 tahun, tetapi kini hanya dalam tempoh 100 tahun sahaja ekoran daripada kemusnahan hutan yang kian menjadi-jadi di seluruh dunia.

Faktor

Penebangan hutan bagi pembangunan sosioekonomi secara besar-besaran dan aktiviti pembakaran minyak fosil seperti petroleum, penggunaan metana dan gas menyebabkan penghasilan’gas rumah hijau’. Gas itu bagaikan selimut besar membalut bumi memerangkap haba daripada sinaran matahari lantas membawa kepada peningkatan suhu di mulia bumi yang kemudian berlakulah perubahan iklim secara esktrem. Jurnal Nature ada mempaparkan laporan mengenai perubahan iklim semakin meningkat dan menjadi-jadi kebelakangan ini. Munurut jurnal itu, pemanasan global mempercepatkan lagi kepupusan lebih sejuta spesies hidupan darat dalam tempoh 50 tahun.

Kesan yang paling ketara dan sedang hangat dibincangkan oleh seluruh negara kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara. Oleh itu, akibat daripada penyusutan lapisan ozon yang berfungsi melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit dan kesan penyusutan lapisan ozon ini juga ekosistem bumi akan terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal. Rentetan itu, pancaran matahari yang lebih terik juga menyebabkan berlakunya pencairan kepada ais di bahagian kutub bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia.

Kesan

Pemanasan global yang berleluasa akan memberi impak yang besar terutama sekali kepada kesihatan manusia. Hal ini kerana, manusia sukar mengelak daripada udara kerana manusia dikelilingi oleh udara dan memerlukan udara untuk hidup. Mengikut anggaran, manusia menyedut lebih kurang 2,000 gelen udara setiap hari. Oleh itu, Masalah pemanasan global ini secara tidak langsung akan menganggu sistem pernafasan manusia, pendarahan Pulmonary dan Inflamasi paru-paru melalui gas-gas seperti karbon monoksida, Nitrogen Oksida dan gas ozon iaitu gas-gas ini akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah manusia. Disamping itu, masalah jerebu yang serius akan menghalang penglihatan mata dan juga akan menjejaskan mata manusia. Hasil daripada kajian pertubuhan kesihatan sedunia atau WHO menyatakan sebanyak tiga juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara iaitu tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan kenderaan.

Pemanasan global juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi bumi ini daripada sinaran terus matahari9. Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini. Ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya pencairaan kepada ais-ais di bahagian kutub-kutub bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.


Langkah


Kita perlu mengubah cara berfikir dan sikap kita sendiri. Hal ini kerana, pemanasan global yang berlaku ini adalah bermula daripada sikap manusia itu sendiri melalui pembakaran bebas, pembebasan bahan pencemar ke udara oleh pemilik kilang yang tidak bertanggungjawab dan aktiviti-aktiviti lain yang dilakukan oleh manusia. Jesteru, kita perlu mengubah cara berfikir dan sikap kita sendiri dengan menyedari kesan kepada jangka masa panjang sekiranya masalah ini terus berleluasa. Oleh itu, kita perlu mengambil alternatif untuk memelihara, mengekal dan menyelamatkan alam sekitar selaras dengan kepentingan dan keperluan kehidupan kita sendiri.

Masalah pemanasan global telah memberi impak yang buruk kepada alam sekitar. Oleh sebab itu, pihak-pihak bertanggungjawab telah membuat keputusan untuk mengatasi masalah ini, terutama pihak kerajaan yang merupakan pihak yang penting sebagai agen pentadbir negara. Kerajaan harus mengambil langkah awal untuk membenteras masalah pencemaran, antaranya dengan memperkenalkan Akta Kualiti Alam Sekitar pada tahun 1974. Akta ini mengandungi peraturan yang mengandungi enam bahagian antaranya peraturan kenderaan bermotor dan kualiti alam sekitar, peraturan kenderaan bermotor (kawalan pelepasan asap, 1977), peraturan ini menghadakan perlepasan asap kenderaan iaitu dihakan kepada 50 HDU. Akta kualiti berfungsi sebagai agen mengawal dan mengurangkan aktiviti pemanasan global dengan mengenakan syarat-syarat tertentu.

Kesimpulan

Walaupun begitu, sokongan tetap diberikan kepada pertubuhan seperti Greenpeace Organisation yang begitu komited dan bersemangat untuk memperjuangkan isu pemanasan global ini diseluruh dunia. Pekara ini sepatutnya dipandang mulia dan perlu diberi perhatian oleh mana-mana pihak iaitu kerajaan, badan berkanun, pertubuhan NGO dan individu yang mahu terus hidup diatas bumi yang kita cintai ini.

KESAN PENCEMARAN

Disediakan oleh : LEE POH WAI ( 205660 )

Kesan Pencemaran

Pencemaran udara terhadap kesihatan manusia

Akibat daripada pencemaran udara, keshihatan manusia turut terjejas. Misalnya, penggunaan kereta masa kini telah bertambah dengan begitu pesat berbanding dahulu. Malangnya kecanggihan teknologi pembuatan kenderaan bermotor telah menimbulkan banyak masalah misalnya pencemaran udara, pencemaran bunyi, kerosakan alam dan hidupan semulajadi.Pengeluaran gas monoksida iaitu sejenis gas beracun boleh membunuh membunuh sekiranya terkumpul dalam kawasan yang tertutup. Sejenis lagi unsur yang boleh terhasil melalui penggunaan kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang sangat beracun dan boleh menyebabkan kerosakan otak terutamanya di kalangan kanak-kanak.

Pencemaran udara telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan di dunia pada masa kini. Antara kesan utama yang menimpa manusia akibat daripada pencemaran udara ialah terhadap sistem pernafasan. Udara dan bahan cemar yang terperangkap di dalamnya akan memasuki hidung atau mulut manusia dan memasuki paru-paru melalui trakea. Karbon monoksida (CO) adalah antara gas yang dapat meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dengan begitu berkesan sekali. Selain itu, bahan cemar seperti Nitrogen Oksida (NO­2 ) boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari. Bahan cemar gas ozon (O3 ) boleh menimbulkan kerengsaan. Habuk, asap, kavus, wap atau bahan-bahan lain juga menjejaskan mata manusia dan menghalang penglihatan mereka.

Pencemaran air terhadap kesihatan manusia

Kesan-kesan daripada pencemaran air juga menimbulkan banyak masalah terhadap hidupan-hidupan di dunia pada masa kini termasuklah manusia sendiri., Bahan-bahan toksid yang dibuang dalam sungai akan mengurangkan kandungan oksigen dalam air, hidupan air seperti rumpair akan mati apabila memakan bahan beracun dari sumber air yang telah tercemar ini. Manusia juga akan mendapat penyakit yang serius jika mengambil sumber makanan daripada hidupan air. Manusia juga boleh mendapat penyakit atau masalah kesihatan yang teruk jika meminum atau menggunakan air yang tercemar itu. Sebagai contoh, kehadiran nitrat yang berlebihan dalam air minuman akan menyebabkan keracunan darah kepada bayi kecil dan barah kepada orang dewasa. Selain itu, sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam air juga menggalakkan bakteria untuk terus membiak dan menjadi masalah kepada kehidupan di dalam air juga menggalakkan bakteria untuk terus membiak dan menjadi masalah kepada kehidupan di dalam air mahupun kepada manusia sendiri.Selain itu, seperti yang berlaku di Teluk Minamata, Jepun, pencemaran toksid yang masuk ke dalam air menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan penuturan yang tidak betul. Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang menemui maut. Simptom yang disebabkan oleh keracunan raksa ini telah membabitkan beratus-ratus keluarga nelayan. Ia dikenali sebagai penyakit Minamata.

Pencemaran Bunyi terhadap Kesihatan Manusia

Pencemaran alam sekitar yang lain seperti pencemaran bunyi akan menyebabkan kerosakan pada telinga manusia secara serta-merta dan juga secara kronik. Sekiranya telinga menerima bunyi yang kuat iaitu lebih daripad 120 dB, selaput tympanum di dalam telinga akan pecah serta kerosakan tulang kecil pada telinga dan ini menyebabkan kehilangan pendengaran kekal. Pendedahan berpanjangan kepada bunyi kuat iaitu lebih 85 dB dalam masa 8 jam sehari, ia akan merosakkan koklia dan menyebabkan pendengaran menjadi tidak berkualiti dan kemungkinan juga akan menjadi pekak secara perlahan-lahan. Kesan-kesan di luar telinga pula adalah seperti kesan fisiologi iatitu meningkatkan tekanan darah, meningkatkan pergerakan otot, meningkatkan pergerakan gastrik dan pembesaran pupil. Seterusnya kesan psikomatik seperti sakit kepala, pening, loya, muntah, pergerakan mata tidak dapat dikawal, gangguan percakapan, dan juga memberi kesan kepada tingkah laku.

Pencemaran Udara Terhadap Tumbuh-tumbuhan

Pencemaran udara juga memberi kesan yang sangat buruk terhadap tumbuh-tumbuhan di dunia ini. Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara, iaitu Nekrosis (keguguran daun), Klorosis (pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan. Barli, kapas, gandum dan epal adalah antara tumbuhan yang mudeah mengalami kerosakan dengan bahan cemars seperti sulphur dioksida. Selain itu, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga mengalami kerosakan dengan adanya gas ozon di udara. Keadaan ini menyebabkan bumi mengalami kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada penduduk di bumi ini juga terganggu.

Selain itu, tumbuh-tumbuhan memerlukan udara dalam proses fotosintesis dan tumbesaran. Jika udara mengandungi bahan pencemar, ini mengakibatkan kekurangan karbon dioksida untuk proses penghasilan klorofil. Ini menyebabkan tumbuhan menguning dan mati. Tisu-tisu tumbuh-tumbuhan juga mengalami masalah dan akan reput akibat tindak balas bahan pencemar yang terlekat pada pokok dan tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan akan terdedah kepada pelbagai penyakit dan hasil keluarannya akan terancam.

Pencemaran Udara terhadap Haiwan

Seterusnya, bahan cemar juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan terbunuh. Sebagai contoh, di Pozo Rica, Mexico, sekumpulan burung kenari, ayam, tik, lembu, khinzir angsa dna anjing telah mati akibat terdedah kepada sulfur dioksida (SO2) yang dilepaskan ke udara oleh sebuah loji penapisan pada tahun 1950. Kematian haiwan itu disebabkan oleh penghadaman makanan haiwan yang tercemar setelah terdedah kepada bahan-bahan toksid yang terdapat di dalam udara. Contoh lain adalah keracunan yang disebabkan oleh plumbum (Pb) yang telah membawa maut kepada lembu dan kuda yang berlaku di Jerman. Haiwan-haiwan ini yang meragut kawasan rumput sekitar 5 kilometer dari sebuah kawasan kilang plumbum dan zink telah mengalami keracunan akibat daripada habuk plumbum yang dilepaskan oleh kilang tersebut.

Pencemaran Air terhadap Hidupan Akuatik

Di Malaysia, aktiviti perindustrian, urbanisasi serta perladangan menyebabkan pencemaran logam berat, racun makhluk perosak, pencemaran organik serta peningkatan keledak dalam air. Ia merupakan pencemaran utama yang memusnahkan kehidupan akuatik. Laluan utama pencemaran dari darat ke lautan adalah sungai. Sungai-sungai yang tercemar seperti Sungai Juru, Sungai Pinang dna beberapa sungai mengalirkan berbagai-bagai jenis racun, keledak bahan kumbahan dan najis haiwan ke dalam lautan. Spesies yang sensitif akan lama-kelamaan lenyap, sama ada disebabkan oleh kematian individu atau kegagalan pembiakan. Bagi spesies yang tahan lasak, pengumpulan bahan toksik dalam badan mereka boleh menyebabkan risiko yang tinggi kepada haiwan-haiwan yang terletak di penghujung rantaian makanan termasuklah manusia sendiri.

Pencemaran Udara terhadap Atmosfera

Kesan terhadap atmosfera yang dibawa oleh pencemaran udara pula ialah mengurangkan jarak penglihatan. Contoh yang paling jelas ialah kebakaran besar yang berlaku di hutan Indonesia pada tahun 1997 telah menyebabkan beberapa buah Negara di Asia Tenggara mengalami keadaan jerebu yang sangat teruk termasuklah Malaysia. Selain itu, pertambahan kepekatan karbon dioksida dalam atmosfera turut meningkatkan suhu bumi yang telah mencetuskan perbincangan hebat dalam kalangan para saintis di abad ini. Para saintis mendapati bahawa kepekatan karbon dioksida bertambah dari 0.032 peratus pada tahun 1968 kepada 0.038 peratus pada tahun 2000. Mengikut analisis tersebut, ia menyebabkan peningkatan suhu sebanyak 0.5 darjah selsius, dan kesan ini dikenali sebagai kesan ‘rumah hijau’.

Pencemaran Udara terhadap Lapisan Ozon

Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari. Pembebasan gas klorofluorokarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini. Penipisan lapisan ozon berlaku kerana bahan-bahan pencemar seperti CFC bertindak balas dengan lapisan ozon sehingga menguraikan oksigen yang membentuknya. Ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya pencairan kepada ais-ais di bahagian kutub-kutub bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.

Kejadian Hujan Asid

Seterusnya, pencemaran udara juga menyebabkan terbentuknya hujan asid. Hujan asid yang disebabkan oleh penggabungan gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan. Ia berlaku apabila gas-gas sulfur oksida (SO) dan oksida-oksida nitrogen (NOx) dilepaskan ke udara dan bertindak balas dengan wap air yang terdapat di atmosfera dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini terkumpul di dalam awan dan awan pula bergerak ke tempat-tempat lain dna membawa asid-asid tersebut. Asid itu akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia. Ia membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air. Ia juga boleh menghakis pakaian, kertas dna bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur. Hujan asid ini berbahaya kerana ia akan mengalir dan meresap ke dalam tanah dan memusnahkan galian dalam tanah sehingga tanah menjadi tidak subur.

PEMBAKARAN TERBUKA

Disediakan oleh : LISA A/P ALANG TUMPAT ( 205952 )

Pembakaran Terbuka

Pengenalan

Pada masa ini, di mana-mana negara sekalipun, baik di negara membangun mahupun di negara sedang membangun ,masalah pencemaran udara sering berlaku. Negara kita turut mengalami masalah tersebut. Namun begitu,hutan menjadi habitat bagi flora dan fauna, kedua – duanya memainkan peranan dalam mengekalkan rantaian yang mengikut antara satu sama lain.Flora dan fauna mewujudkan ekosistem yang sejahtera.Hutan yang tidak diusik atau tidak pernah diterokai menyumbang kepada kestabilan iklim setempat.Iklim tidak berubah secara drastik kerana kitaran alam semulajadi di persekitarannya tidak diubah.Begitu juga ,iklim boleh mempengaruhi kemandirian flora dan fauna.Pembakaran hutan akan menyebabkan cuaca menjadi panas dan kering serta menjejaskan kesihatan kita.Manakala flora dan fauna pula kehilangan habitat. Fenomena jerebu yang melanda beberapa kawasan di negara ini berpunca daripada pembakaran hutan secara terbuka bagi tujuan pembersihan tanah pertanian disekitar Riau,Sumatera ,Kalimatan dan Indonesia.Fenomena tersebut kian mengancam tahap kualiti udara negara sehingga paras berbahaya sekaligus menyulitkan jarak penglihatan .Akibat bencana jerebu ,kerajaan telah mengisythirkan darurat jerebu bermula 11 ogos 2005.Memandangkan masalah ini membawa kesan buruk kepada penduduk,puncanya perlu perlu dikenal pasti.

Punca-punca pembakaran terbuka

Punca utama masalah jerebu ialah pembakaran hutan,ladang,dan bahan sisa pertanian secara terbuka untuk membersihkan kawasan pertanian dan menyuburkan tanah selepas selesai kerja penuaian ,sesetengah petani mengambil jalan mudah dengan membakar sisa tanaman secara terbuka .Selain itu, hutan juga boleh terbakar akibat cuaca yang terlalu panas. Sesetengah pemaju perumahan juga melakukan pembakaran bahan sisa pembinaan secara terbuka .Semua tindakan ini merupakan punca masalah jerebu.Pembakaran hutan sering kerap berlaku kerana sikap manusia yang tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar.Mereka hanya mementingkan keuntungan semata-mata sehingga sanggup memusnahkan alam sekitar.Malahan itu,akibat daripada perbuatan mereka tersebut telah memberi pelbagai impak yang negatif dalam kehidupan seharian.Pakar sains dan teknologi memberikan sumbangan penting dalam penemuan teknologi kitar semula.Banyak bahan buangan dapat diproses semula untuk dijadikan tisu.Bahan sisa buangan juga dapat diproses untuk dijadikan sumber tenaga pada kos yang lebih murah. Kini, alat pembakar atau incinerator telah dicipta untuk proses pembakaran bahan sisa bagi menghasilkan sumber tenaga. Pembebasan asap daripada kilang perindustrian juga menyebabkan masalah jerebu. Di bandar-bandar besar,kebanyakan kilang menggunakan bahan api fosil sebagai sumber tenaga.Pertambahan kenderaan yang menggunakan petrol dan diesel di jalan raya turut menyebabkan peningkatan asap di udara. Akibatnya partikel terampai di udara bertambah dan seterusnya menurunkan kualiti udara. Seterusnya, masalah pencemaran udara dapat di kurangkan melalui penemuan sumber tenaga yang bersifat mesra alam. Petrol tanpa plumbum berjaya dihasilkan melalui proses kimia daripada bahan mentah petroleum.Petrol tanpa plumbum lebih bersih kerana pembakarannya sempurna,dan dengan ini pencemaran udara dapat dikurangkan. Sumber tenaga yang turut ditemui, misalnya sumber tenaga solar dan tenaga hidro.

Kesan-kesan pembakaran terbuka

Kesan jerebu yang paling membimbangkan ialah masalah pencemaran udara.Keadaan ini disebabkan banyak partikel terampai yang terapung dan terperangkap di udara sehingga menyebabkan indeks udara mencapai tahap tidak sihat. Keadaan ini boleh menjejaskan kesihatan orang ramai,terutama mereka yang alahan. Partikel terampai yang kotor boleh menyebabkan penyakit yang berkaitan dengan pernafasan.Mereka yang menghidap penyakit asma berisiko tinggi untuk menghadapi masalah sesak nafas,manakala mereka yang sihat juga mudah mendapat jangkitan batuk,mata gatal dan sakit tekak.Pencemaran boleh menyebabkan batuk, selesema,mata berair dan asma.Penyakit ini disebabkan pencemaran udara seperti peningkatan jerebu dan habuk di udara .Udara yang tercemar mengandungi partikel terampai yang boleh menjejaskan pernafasan, terutamanya kepada mereka yang alahan. Lazimnya, apabila berlaku jerebu atau wujud masalah debu dan habuk yang keterlaluan di sesuatu kawasan , jumlah penduduknya yang diserang penyakit pernafasan akan bertambah ,malah bagi kes yang serius, terdapat pesakit asma yang meninggal dunia.

Masalah jerebu juga boleh menyebabkan hasil pertanian terjejas dengan teruk.Tanaman tidak dapat tumbuh dengan subur kerana cuaca terjejas.Pokok tidak dapat menjalani proses fotosintesis seperti biasa kerana pancaran cahaya matahari tidak sampai ke permukaan bumi, dan dengan itu tumbuhan kekurangan cahaya. Jerebu diburukkan lagi oleh ketiadaan hujan.dan cuaca yang lembap membantutkan pertumbuhan tanaman dan seterusnya menurunkan kualiti pengeluaran. Dari segi pertanian pula, hutan ditebang dan dibersihkan untuk membuka ladang. Tindakan ini boleh menyebabkan pencemaran alam dan seterusnya membawa kesan buruk kepada manusia dan persekitaran.

Langkah-langkah untuk Mengatasinya

Langkah yang paling berkesan ialah penguatkuasaan undang-undang pembakaran terbuka.pengharaman pembakaran terbuka didalam negeri boleh memberhentikan kegiatan membakar bagi menambah kepada masalah pencemaran udara teruamanya bagi kawasan- kawasan setempat berlakunya kebakaran. Penguatkuasaan undang-undang tersebut akan menunjukan bahawa kerajaan mengambil berat terhadap masalah pencemaran yang dihadapi. Langkah seterusnya ialah mengurangkan penggunaan sumber tenaga daripada bahan api fosil, misalnya petroleum dan arang batu. Penggunaan bahan api fosil, terutamanya minyak diesel sebagai sumber tenaga boleh menyebabkan pencemaran udara yang teruk. Keadaan ini disebabkan pembakarannya yang sempurna semasa proses penjanaan tenaga.

Kesimpulan

Sebahagian besar masalah jerebu di negara kita berpunca daripada kegiatan penduduk negara jiran.Kerjasama erat antara negara yang terlibat mesti diwujudkan untuk mengatasi masalah ini. Sebagai masyarakat yang penyayang, kita perlu berkerjasama untuk menjaga kebersihan kawasan persekitaran.Kebersihan amat tinggi nilainya dalam kehidupan kita. Aktivit yang boleh menyebabkan pencemaran udara haus dielakkan. Selain kerajaan setiap individu perlu mengelak daripada melakukan pembakaran terbuka.

PENCEMARAN UDARA

Disediakan oleh : LAM KAR HIEN ( 205751 )


Pencemaran Udara

Pengenalan

Pencemaran udara boleh didefinasikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung di udara sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain. Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat atau ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain, atau merosakkan alam sekitar, ke dalam atmosfera.

Antara contoh pencemar udara ialah seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan, logam toksik seperti plumbum, tembaga dan sisa radioaktif. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain yang boleh menghalang penglihatan mata merupakan pelbagai bentuk pencemaran udara.

Klasifikasi Pencemaran Udara

Pencemaran udara boleh diklasifikasikan kepada dua bahagian, iaitu pencemaran udara primer dan pencemaran udara sekunder.

  1. Pencemaran Udara Primer

- Pencemaran primer adalah pencemaran yang dihasilkan oleh sulfur monoksida dan karbon monosida hasil daripada pembakaran yang tidak lengkap. Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang halus terampai-ampai di udara dan memberi kesan sampingan kepada kesihatan kita.

- Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri yang melepaskan asap atau bahan pencemar, dan penggunaan dapur arang kayu yang tidak terkawal.

  1. Pencemaran Udara Sekunder

- Pencemaran udara sekunder pula adalah tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dan membentuk dengan gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup.

- Sulfur dioksida memerlukan gas seperti karbon monoksida dan sulfur monoksidasulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkan asid sulfurik. Tindakbalas antara pencemar primer dengan gas-gas terampai di atmosfera akan menghasilkan peroksid asetil nitrat (PAN). (pencemar primer) untuk membentuk gas-gas lain. Sebagai contoh, gabungan

Punca-Punca Berlakunya Pencemaran Udara

Pencemaran udara boleh berpunca daripada beberapa faktor. Antaranya berpunca daripada aktiviti perindustrian, kenderaan motor, aktiviti harian, pembakaran terbuka dan sebagai.

1. Aktiviti Perindustrian

Perkembang ekonomi bergantung kepada industry pembuatan. Namun kadar pengeluaran yang kian meningkat telah menyebabkan penambahan pelepasan pencemaran gas organik dan bukan organik, bahan kimia dan juga habuk. Pelbagai jenis industri menghasilkan bahan pencemar udara yang berbeza. Contohnya industri kimia melepaskan pencemar yang mengandungi pelbagai kompaun yang berasaskan nitrogen dan sulfur, manakala kilang penapis minyak mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon. Industri logam pula bertanggungjawab mencemarkan udara dengan sulfur dioksida dan habuk toksik. Sesetengah bahan pencemar, terutamanya karbon dioksida adalah merupakan gas rumah hijau yang amat memudaratkan boleh mengakibatkan perubahan iklim seluruh dunia.

2. Kenderaan Motor

Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, lori dan keretapi. Dalam sektor pengangkutan, kenderaan motor adalah penyumbang utama kepada pencemaran udara. Setiap pergerakan kenderaan motor menggunakan tenaga yang banyak dan hampir kesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan api fosil, yang menghasilkan asap dan bunyi bising yang membawa kesan buruk kepada keadaan setempat. Kualiti udara persekitaran amat bergantung kepada jenis sistem pengangkutan yang digunakan, jenis sumber tenaga, tahap teknologi enjin dan juga jumlah tenaga yang diperlukan.

3. Aktiviti Harian

Isi rumah menyumbang kepada pencemaran melalui penggunaan tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk. Peti sejuk dan penyaman udara bukan sahaja menggunakan banyak tenaga tetapi alat-alat ini juga mencemarkan udara apabila cecair penyejuk yang digunakan melepaskan Klorofluorokarban (CFC) ke udara seterusnya menipiskan lapisan ozon. Peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga adalah punca pencemaran udara.

4. Pembakaran Terbuka

Pembakaran pokok tua di kawasan ladang untuk tujuan penanaman semula banyak partikel jelaga. Partikel jelaga ini boleh diterbangkan pada jarak yang jauh oleh angin dan inilah punca jerebu yang kerap menyelubungi ruang udara Malaysia. Api dari pembakaran ini bukan sahaja menghasilkan asap yang mencemarkan tetapi ia juga memusnahkan segala fauna dan flora di sekitarnya.

Kesan-kesan Pencemaran udara

Pencemaran udara membawa kesan-kesan negatif terhadap kesihatan, keselamatan dan keselesaan manusia ataupun harta benda. Pencemaran udara bukan sahaja menjejaskan kesihatan manusia, malah ia juga merosakkan alam sekitar kita dengan kesan-kesan seperti hujan asid, penyusutan lapisan ozon, kesan rumah hijau dan pemanasan global dan impak kepada atmosfera.

1. Kesihatan Manusia

Kesan utama pencemaran udara kepada manusia adalah sistem pernafasan. Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darahparu-paru. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan mata manusia. akan melambatkan tindak balas manusia dan kesan seterusnya menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan mengurangkan fungsi

2. Penyusutan Lapisan Ozon

Pencemaran udara akan menyebabkan berlaku pemanasan global akibat penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya pencairan kepada ais di bahagian kutub bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.

3. Hujan Asid

Hujan asid berlaku disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia. Kesanya, ia membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air. Ia juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur.

4. Kesan Rumah Hijau dan Pemanasan Global

Kesan yang paling ketara dan sedang hangat dibincangkan oleh seluruh negara kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia.

Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global ini. Kesanya adalah permukaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal.