Sunday, August 29, 2010

PEMBAKARAN TERBUKA

Disediakan oleh : LISA A/P ALANG TUMPAT ( 205952 )

Pembakaran Terbuka

Pengenalan

Pada masa ini, di mana-mana negara sekalipun, baik di negara membangun mahupun di negara sedang membangun ,masalah pencemaran udara sering berlaku. Negara kita turut mengalami masalah tersebut. Namun begitu,hutan menjadi habitat bagi flora dan fauna, kedua – duanya memainkan peranan dalam mengekalkan rantaian yang mengikut antara satu sama lain.Flora dan fauna mewujudkan ekosistem yang sejahtera.Hutan yang tidak diusik atau tidak pernah diterokai menyumbang kepada kestabilan iklim setempat.Iklim tidak berubah secara drastik kerana kitaran alam semulajadi di persekitarannya tidak diubah.Begitu juga ,iklim boleh mempengaruhi kemandirian flora dan fauna.Pembakaran hutan akan menyebabkan cuaca menjadi panas dan kering serta menjejaskan kesihatan kita.Manakala flora dan fauna pula kehilangan habitat. Fenomena jerebu yang melanda beberapa kawasan di negara ini berpunca daripada pembakaran hutan secara terbuka bagi tujuan pembersihan tanah pertanian disekitar Riau,Sumatera ,Kalimatan dan Indonesia.Fenomena tersebut kian mengancam tahap kualiti udara negara sehingga paras berbahaya sekaligus menyulitkan jarak penglihatan .Akibat bencana jerebu ,kerajaan telah mengisythirkan darurat jerebu bermula 11 ogos 2005.Memandangkan masalah ini membawa kesan buruk kepada penduduk,puncanya perlu perlu dikenal pasti.

Punca-punca pembakaran terbuka

Punca utama masalah jerebu ialah pembakaran hutan,ladang,dan bahan sisa pertanian secara terbuka untuk membersihkan kawasan pertanian dan menyuburkan tanah selepas selesai kerja penuaian ,sesetengah petani mengambil jalan mudah dengan membakar sisa tanaman secara terbuka .Selain itu, hutan juga boleh terbakar akibat cuaca yang terlalu panas. Sesetengah pemaju perumahan juga melakukan pembakaran bahan sisa pembinaan secara terbuka .Semua tindakan ini merupakan punca masalah jerebu.Pembakaran hutan sering kerap berlaku kerana sikap manusia yang tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar.Mereka hanya mementingkan keuntungan semata-mata sehingga sanggup memusnahkan alam sekitar.Malahan itu,akibat daripada perbuatan mereka tersebut telah memberi pelbagai impak yang negatif dalam kehidupan seharian.Pakar sains dan teknologi memberikan sumbangan penting dalam penemuan teknologi kitar semula.Banyak bahan buangan dapat diproses semula untuk dijadikan tisu.Bahan sisa buangan juga dapat diproses untuk dijadikan sumber tenaga pada kos yang lebih murah. Kini, alat pembakar atau incinerator telah dicipta untuk proses pembakaran bahan sisa bagi menghasilkan sumber tenaga. Pembebasan asap daripada kilang perindustrian juga menyebabkan masalah jerebu. Di bandar-bandar besar,kebanyakan kilang menggunakan bahan api fosil sebagai sumber tenaga.Pertambahan kenderaan yang menggunakan petrol dan diesel di jalan raya turut menyebabkan peningkatan asap di udara. Akibatnya partikel terampai di udara bertambah dan seterusnya menurunkan kualiti udara. Seterusnya, masalah pencemaran udara dapat di kurangkan melalui penemuan sumber tenaga yang bersifat mesra alam. Petrol tanpa plumbum berjaya dihasilkan melalui proses kimia daripada bahan mentah petroleum.Petrol tanpa plumbum lebih bersih kerana pembakarannya sempurna,dan dengan ini pencemaran udara dapat dikurangkan. Sumber tenaga yang turut ditemui, misalnya sumber tenaga solar dan tenaga hidro.

Kesan-kesan pembakaran terbuka

Kesan jerebu yang paling membimbangkan ialah masalah pencemaran udara.Keadaan ini disebabkan banyak partikel terampai yang terapung dan terperangkap di udara sehingga menyebabkan indeks udara mencapai tahap tidak sihat. Keadaan ini boleh menjejaskan kesihatan orang ramai,terutama mereka yang alahan. Partikel terampai yang kotor boleh menyebabkan penyakit yang berkaitan dengan pernafasan.Mereka yang menghidap penyakit asma berisiko tinggi untuk menghadapi masalah sesak nafas,manakala mereka yang sihat juga mudah mendapat jangkitan batuk,mata gatal dan sakit tekak.Pencemaran boleh menyebabkan batuk, selesema,mata berair dan asma.Penyakit ini disebabkan pencemaran udara seperti peningkatan jerebu dan habuk di udara .Udara yang tercemar mengandungi partikel terampai yang boleh menjejaskan pernafasan, terutamanya kepada mereka yang alahan. Lazimnya, apabila berlaku jerebu atau wujud masalah debu dan habuk yang keterlaluan di sesuatu kawasan , jumlah penduduknya yang diserang penyakit pernafasan akan bertambah ,malah bagi kes yang serius, terdapat pesakit asma yang meninggal dunia.

Masalah jerebu juga boleh menyebabkan hasil pertanian terjejas dengan teruk.Tanaman tidak dapat tumbuh dengan subur kerana cuaca terjejas.Pokok tidak dapat menjalani proses fotosintesis seperti biasa kerana pancaran cahaya matahari tidak sampai ke permukaan bumi, dan dengan itu tumbuhan kekurangan cahaya. Jerebu diburukkan lagi oleh ketiadaan hujan.dan cuaca yang lembap membantutkan pertumbuhan tanaman dan seterusnya menurunkan kualiti pengeluaran. Dari segi pertanian pula, hutan ditebang dan dibersihkan untuk membuka ladang. Tindakan ini boleh menyebabkan pencemaran alam dan seterusnya membawa kesan buruk kepada manusia dan persekitaran.

Langkah-langkah untuk Mengatasinya

Langkah yang paling berkesan ialah penguatkuasaan undang-undang pembakaran terbuka.pengharaman pembakaran terbuka didalam negeri boleh memberhentikan kegiatan membakar bagi menambah kepada masalah pencemaran udara teruamanya bagi kawasan- kawasan setempat berlakunya kebakaran. Penguatkuasaan undang-undang tersebut akan menunjukan bahawa kerajaan mengambil berat terhadap masalah pencemaran yang dihadapi. Langkah seterusnya ialah mengurangkan penggunaan sumber tenaga daripada bahan api fosil, misalnya petroleum dan arang batu. Penggunaan bahan api fosil, terutamanya minyak diesel sebagai sumber tenaga boleh menyebabkan pencemaran udara yang teruk. Keadaan ini disebabkan pembakarannya yang sempurna semasa proses penjanaan tenaga.

Kesimpulan

Sebahagian besar masalah jerebu di negara kita berpunca daripada kegiatan penduduk negara jiran.Kerjasama erat antara negara yang terlibat mesti diwujudkan untuk mengatasi masalah ini. Sebagai masyarakat yang penyayang, kita perlu berkerjasama untuk menjaga kebersihan kawasan persekitaran.Kebersihan amat tinggi nilainya dalam kehidupan kita. Aktivit yang boleh menyebabkan pencemaran udara haus dielakkan. Selain kerajaan setiap individu perlu mengelak daripada melakukan pembakaran terbuka.

8 comments: