Sunday, August 29, 2010

PENCEMARAN SUNGAI

Disediekan oleh : NOR AZLINA BT ABD RAHMAN ( 130325 )


Definisi pencemaran sungai

Terdapat pelbagai-bagai jenis pencemaran yang berlaku di muka bumi ini. Pencemaran ialah keadaan di mana terdapat pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan di muka bumi ini. Antara salah satu jenis pencemaran ialah pencemaran air. Pencemaran air terjadi apabila terdapat perubahan yang berlaku pada kandungan air dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan. Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi,kimia dan fizik. Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas,cecair dan pepejal. Oleh itu, pencemaran air boleh berlaku di tempat seperti tasik, sungai, laut dan sebagainya.

Punca-punca pencemaran air

Antara faktor yang menyumbang kepada pencemaran air ialah sikap manusia yang tidak bermoral. Salah satu sikap manusia yang menjurus kepada pencemaran air ialah pembuangan sampah dan kumpahan ke dalam sungai-sungai dan tasik secara tidak terkawal. Antara jenis sampah sarap yang yang di maksudkan adalah dari pembuangan sampah dari kawasan perbandaran dan juga kewasan kediaman penduduk, perindustrian dan juga pertanian. Antara contoh aktiviti pertanian yang dilakukan oleh petani yang menyebabkan berlakunya pencemaran air ialah pembuangan sisa-sisa pertanian oleh para petani ke dalam sungai antara contoh sisa buangan pertanian ialah ranting-ranting,baja, rumpur mati pokok-pokok serta sisa-sisa kayu balak yang tidak diperlukan ke dalam sungai.

Pencemaran dari sektor perindustrian pula adalah disebabkan oleh pembuangan sisa toksid oleh kilang-kilang yang tidak bertanggungjawap ke dalam sungai. Antara contoh sisa buangan dari sektor perindustrian ialah dalam bahan-bahan kimia ,sisa toksik ,logam berat minyak dan lain-lain lagi. Pembuangan sisa toksid ini akan mengakibatkan kematian hidupan akuatik contohnya sepertoi udang, kerang, ikan dan sebagainya.

Di samping itu juga aktiviti permusnahan terhadap alam sekitar yang serius juga boleh mengakibatkan pencemaran air contohnya seperti penebangan pokok-pokok di hutan secara berleluasa bagi tujuan tertentu seperti untuk mengeksport kayu balak,membuka penempatan baru untuk kediaman manusia, dan juga mendirikan kilang-kilang. Ini secara tidak lansung akan mengakibatkan berlakunya pencemaran air kerana sumber air yang berdekatan dengan kawasan berkenaan akan tercemar akan akibat dari perlepasan air-air sisa dari kilang-kilang ini dan sisa makan dan najis dan juga sampah sarap yang di buang oleh penduduk kawasan kediaman tersebut. Ini sudah pastilah akan mendatangkan kesan pencemaran kepada air.

.

Antara faktor-faktor lain yang menyebabkan pencemaran sungai ialah Hujan asid..Hujan asid yang mengandungi sulphur dioksida dan juga nitrogen dioksida. Hujan asid yang turun ke dalam punca air akan boleh membunuh kehidupan akuatik seperti ikan, udang dan lain-lain. Hujan asid ini sebenarnya berkaitan dengan pencemaran udara, Pencemaran udara pula berlaku adalah akibat dari asap-asap eksos kereta, asap yang dibebaskan semasa melakukan pembakaran secara terbuka dan akibat dari perlepasan gas-gas dari kilang ke udara yang seterusnya mengakibatkan hujan asid terjadi. Ini bermakna pencmaran adalah saling berkaitan antara satu sama lain oleh itu kita perlulah mengelakkan pencemaran dari berlaku.

Terdapat juga faktor semulajadi yang menyumbang kepada pencemaran air seperti contohnya akibat letusan gunung berapi, badai atau ribut taufan dan gempa bumi. Apabila ini berlaku maka secara tidak langsung kualiti air pada sungai, air dan tasik terjejas. Sebagai contoh Tsunami yang pernah melanda negara kita pada suatu masa dahulu telah mengakibatkan pencemaran air yang sangat teruk terutamanya di kawasan laut.

Langkah-langkah mengelakkan pencemaran:

Pelbagai langkah boleh diambil untuk memastikan masaalah pencemaran air ini antaranya ialah dengan mengadakan pameran mengenai kesan, punca langkah mengatasi pencemaran air ini. Pameran ini boleh diadakan di tempat awam seperti di perpustakkan awam di sesuatu tempat. Golongan sasaran adalah terdiri dari semua peringkat umur agar mesej dapat disampaikan kepada semua penduduk negara. Pameran ini dapat menyedarkan penduduk agar lebih menghargai alam sekitar di sekeliling mereka. Selain daripada itu pendedahan yang diberikan oleh media massa terhadap pencemaran alam sekitar juga antara salah satu cara yang berkesan kerana media masa merupakan antara medium paling utama untuk menyampaikan pelbagai maklumat.

Antara contoh media massa ialah televisyen. Seperti kita dapat lihat sekarang stesen televisyen semakin peka terhadap sebarang isu pencemaran alam sekitar contohnya seperti stesen swasta TV3 yang menyiarkan pelbagai program yang membolehkan rakyat membuat aduan tentang sebarang pencemaran yang berlaku, contoh program yang dijalankan oleh TV3 ialah Aduan Rakyat. Program ini akan memberi peluang kepada rakyat setempat untuk melaporkan senarang pencerobohan ataun pencemaran yang berlaku agar masaalah itu dapat diselesaikan dengan berkesan oleh pihak berwajib. Ini adalah merupakan salah satu cara yang sangat berkesan di dalam membendung masaalah pencemaran ini.

Kesimpulan

Secara kesimpulanya terdapat pelbagai punca yang membawa kepada pencemaran air ini. Oleh itu untuk memastikan pencemaran ini dapat diatasi semua pihak sepaerti kerajaan, NGO, swasta dan juga orang awam harus turut sama di dalam menjaga alam sekitar bersama-sama. Alam sekitar adalah anugerah yang tidak terhingga yang harus dipelihara agar warisanya akan kekal untuk tatapan generasi akan datang.


2 comments:

  1. NICE ,, THANX FOR THE INFORMATION! :)

    ReplyDelete
  2. sebab ni lah aku dpt buat folio aku.. terima kasih cikgu !

    ReplyDelete